Search This Blog

Salamku !

Monday, January 17, 2011

Dia Sahabatku..



Dia lah yang dinamakan sahabat..
Yang selalu,buatku tersenyum..
Ikhlas dari hati..
selalu meluahkan kata-kata semangat untuk aku berjaya..

Dia lah insan yang ku cari-cari..
Aku bersyukur dengan pertemuan ini..
Dia yang mempunyai sifat penyayang..
Aku senang berada di sampingnya..

Dia jua peneman hidupku..
Selalu bagi sokongan untuk aku terus berusaha..
walaupun aku tidak sehebat dirinya..
tapi dia tidak pernah bezakan diri aku dengan dirinya..

Dia rakan yang aku percaya..
Segala rasa,segala cerita aku luahkan padanya..
tanpa sebarang ragu-ragu..
Kerana aku mempercayai dirinya

Dia pembakar semngat..
Berkawan tanpa ada perasaan iri hati antara satu sama lain..
Dia ingin melihat aku berjaya..
Sekiranya aku tidak berjaya..
Aku tetap berbangga kerana..
Dia..
sahabatku berjaya menggapai kejayaan....

Dia yang selalu menerima aku seadanya..
Segala kelemahan aku..
Bukan penghalang baginya untuk terus berdamping dgnku..
Sebaliknya dia cuba untuk memperbaiki segala kelemahan aku..

Aku gembira bersamanya..
Aku harap aku akan dapat kekalkan hubungan ini sampai akhir hayat..
Dia membuatkan aku setiasa tersenyum luhur dari hati..
Dia baik dengan sesiapa sahaja..
Aku bersyukur menjadi salah seorang kawannya..

Sahabat....
Aku mohon ampun sekiranya..
Aku pernah melukai hati atau melakukan kesilapan..
Nawaitu ku hanyalah ingin menjadi sahabatmu..
sampai bila-bila..

Terima Kasih Sahabat...
Kerana buatkan aku sedar bahawa..
Persahabat itu sangat indah..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...