Search This Blog

Salamku !

Sunday, January 23, 2011

Tangisan Sahabat

Persahabatan..
Apabila dua insan bertemu,berkenalan dan bersahabatan
hubungan persahabatan mula terjalin..
Siapakah dia sahabat?

Ada orang berkata orang yang baik dengan kita,
itulah yang dinamakan sahabat..
Apakah sahabat itu sekadar teman bicara ketika suka,
tapi teman dusta ketika kita berduka?

Jalan-jalan kehidupan yang kita lalui,penuh ranjau dan duri,
mencari tman sejati sebagai tempat berlindung diri,
adakalanya sahabat itu muncul sendiri dan tidak usah dicari lagi
tanpa kita sedari dan dugai..

Seolah-olah Tuhan Yang Maha Mengetahui
mengerti dan memahami hati ini
apabila sahabat itu tidak sekadar berkata manis
tapi mengotakan kata-katanya
itulah erti persahabatan yang sebenarnya..
kerana seorang sahabat setia takkan menjadi musuh dalam selimut
yang menikam dari belakang dan cuba memboikot kita
hendaklah kita beringat selalu kerana hati manusia tiada siapa yang tahu..

Sahabat..
jika kau benar-benar ingin menjadi sahabatku..
cukuplah kau meracuni fikiran orang lain tentangku..
jika kau seorang sahabat yang baik..
kau tidak sanggup memperlakukan ini padaku..
aku hanya dapat mendiakan diri selama ini..
keadaan akan lebih teruk jika aku luahkan apa yang terbuku di hatiku
aku masih sanggup berhadapan denganmu sambil tersenyum..
tapi kau..
pandang aku pun tidak..
kau berpura-pura ambil berat tentang aku di khalayak ramai..
walhal bila kita berdua..kau bukan kisah pasal aku pun..
dunia menyaksikan aku yang bersalah dalam kes ni..

Selama ini..
Aku sering mohon ampun,
kerana aku tak nk hubungan kita terputus cm tu je..
tetapi aku sedar,
jika hanya aku yang hanya berusaha untuk kekalkan hubungan ni..
memang hubungan ni tk kn kekal lama..

Sekarang aku dah buat keputusan aku sendiri..
aku minta tolong dengan kau..
kalau kau tak nk aku kawan dengan kau lagi..
tolong jangan meracuni yang lain..
biar yang lain menilai sendiri siapa diri aku sebenarnya..
mereka hanya dengar di sebelah pihak..
aku rasa terhina dengan sikap kau..

Buatlah sesuatu dengan ikhlas..
jangan tonjolkan kebaikan untuk menyembunyikan keburukan!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...