Search This Blog

Salamku !

Wednesday, February 13, 2013

Masalah is a Migraine


Setiap yang hidup mesti ada masalah ,
Tak kira la siapa pun individu tersebut ,
Budak kecil umur 7 Tahun pun ada masalah , mungkin tidak seberat masalah kita yang dewasa ini ,
Setiap insan yang punya akal pasti ada masalah .
Kerana masalah dapat diselasaikan dengan akal bukan hanya nafsu dan perasaan .

Dan aku tidak akan terjebak dalam masalah jika..
Aku tidak punya akal..
Aku tidak fikir masa hadapan yang bakal muncul tiba..
Aku tidak menghiraukan perasaan orang lain..
Aku tidak merancang masa hadapanku..
Aku tidak punya kawan,saudara-saudaraku,orang-orang disekelilingku..
Aku tidak perlu bayar apa yang aku mahu..
Aku tidak perlu berusaha apa yang aku hajati..
Aku tidak perlu belajar ilmu-ilmu dunia mahupun akhirat..
Aku tidak perlu bersabar diatas segala yang berlaku..
Aku tidak punyai keinginan untuk berjaya di masa akan datang bersama keluargaku sendiri..
Aku tidak punyai keinginan untuk berjaya dunia dan akhirat..
Aku hanya melalui hidupku yang kosong dengan hanya menerima segala sesuatu tanpa ingin berusaha untuk menjadi yang lebih baik..

Dan hanya Kau yang dapat memahami segala masalah ;
Engkau maha mengetahui segala-galanya..kepadaMu kami sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan,tunjukilah kami ke jalan yang lurus ya ALLAH .

Bila berkawan kita berharap agar kawan kita memahami segala isi hati kita,sama jugak macam aku,tapi tidak! 20% yang ketawakan (padan muka) masalah yang aku alami 80% tidak hiraukan mahupun memahami apa yang aku rasakan . Lagi teruk kita percayakan sahabat tersebut dia lagi hebohkan,bongkarkan segala yang kita luahkan . Hmm..mereka hanya manusia biasa..Hanya kepadamu Allah aku berlindung,Ampunilah aku,Sayangilah aku,Cukupilah kekuranganku,Tinggikan darjatku,Berikanlah aku rezeki,Berikanlah aku petunjuk,Sihatkanlah aku,Maafkanlah aku Ya ALLAH .

Ameen .
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...