Search This Blog

Salamku !

Monday, January 24, 2011

BERIMAN KEPADA HARI AKHIRAT

Maksud beriman kepada Hari Akhirat ialah kita wajib beriktikad dan yakin akan wujudnya hari akhirat atau hari kiamat. Harinya pasti. Bila waktu berlakunya tidak
seorangpun yang mengetahuinya, hanya Allah jua yang Maha Mengetahuinya. Namun demikian ada dinyatakan beberapa tanda atau alamat berlakunya kiamat, iaitu alamat kubra
(besar) dan sughra (kecil).
Beriman dengan segala apa yang dikhabarkan oleh Allah Taala di dalam kitabNya dan dikhabarkan juga oleh RasulNya saw daripada apa yang berlaku selepas kematian seperti ujian, azab dan nikmat kubur, kebangkitan (ba'th), perhimpunan (hashr), suratan amalan (suhuf), perhitungan (hisab), timbangan (mizan), titian sirat, syafaat, kolam
(haudh), syurga dan neraka dan apa yang disediakan oleh Allah untuk penghuni keduanya

Tanda-tanda besar Qiamat:- Terbit matahari dari sebelah barat
- Keluarnya daabbah/binatang dari bumi
- Muncul Dajjal
- Turunnya Nabi Isa
- Muncul yakjuj dan makjuj

Proses berikutnya:

1. Permulaan hari Akhirat
2. Baath (kebangkitan)
3. Hashr (himpun di padang Mahsyar)
4. Suhuf (Balasan amal)
5. Pembentangan dan hisab
6. Mizan
7.Titian Sirat
8. Kolam Nabi
9.Syurga dan neraka



pelik kan nape ttbe entry aku kali nie cm nie lak..
hehe..da nk mati la tuhh nomy nihh..hehehe...
tk laa..sebenarnya tme KO mnggu lpas aku blaja nie kt klas..
family institution tuhh..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...