Search This Blog

Salamku !

Monday, October 24, 2011

Luahan Seorang Wanita .

Lelaki selalu beritahu agar menghormati dirinya. .jaga perasaanya..adakah mereka tahu akan isi hati kita..Setiap pasangan sepatutnya menjaga hati sesama sendiri..Jangan pentingkan diri sendiri..Jangan gila kuasa..Kasihanilah wanita..Di sini tersenarai luahan hati seorang wanita..Bacalah..~

1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih, tetapi dia tidak menitiskan airmata, itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya, lebih baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia sayang (sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki, lelaki itu akan sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya, dia akan cair seperti coklat!!

6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak menerima pujian.

7. Jika kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati, tolak cintanya dengan lembut, jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan, dia akan lakukan apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak cintanya, biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap dia sorang kawan, cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa. Muzik, puisi, lukisan dan tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.So janganlah kamu terlalu serius bila bersama wanita yg disayangi.Pamerkan sikap kamu yang romantik dan bergurau senda bersama mereka supaya dapat mewujudkan suasana yang harmoni dan kondusif dalam perhubungan.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon positif, misalnya menghubunginya melalui telefon, si gadis akan bersikap acuh tak acuh seolah-olah tidak berminat, tetapi sebaik saja ganggang diletakkan, dia akan menjerit kesukaan.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita, cubalah mulakan dengan persahabatan. Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajakkeluar, tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu panggilan darimu, teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya. Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanyakenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

20. Bila setiap kali gambar keluar, benda pertama yang dicari oleh wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya, kemudian barulah dirinya sendiri.

21. Bekas teman lelaki boleh muncul dalam fikirannya tetapi lelaki yang dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan ‘Hi’ sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpasebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise buatnya (hadiah, bunga atau sekadar kad ucapan romantis). Mereka akan rasa terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati. Dengan ini dia tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang merekadan baik terhadapnya.

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa

Wahai lelaki . . .
ketahuilah..hati seorang wanita
adanya naluri untuk disayangi ,
ada rasa untuk diberi perhatian ,
ada rasa untuk mendengari keluh kesahnya ,
ada waktu untuk menemani sedihnya...

wahai lelaki ....
seandainya kau tahu ,
rajuk hati seorang wanita hanya meminta untuk dipujuk , marah hatinya perlu di dekati...
sedih seorang perempuan yang meminta untuk didengari , gembira hatinya ingin dikongsi...

Wahai lelaki...
ketahuilah..disebalik seribu rasa itu punya sekeping hati yang lembut yang meminta untuk dimanjakan ,
yang ingin diberi perhatian agar rasa kasih itu wujud walaupun disaat jauh..hati seorang perempuan itu mudah memberi kemaafan , tapi hati seorang perempuan juga mudah terguris dengan kata-kata seorang lelaki...
KERANA andai lelaki tahu , diri ini sanggup berkorban apa saja kerana wujudnya rasa cinta di sebalik sekeping hatinya yang lembut , agar lelaki sedar betapa penyayangnya diri seorang perempuan...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...