Search This Blog

Salamku !

Saturday, January 26, 2013

Anak-anak amanah Allah!

Assalamualaikum..











Tiba-tiba teringatkan zaman-zaman sekolah dulu..
Bila buat karangan berkenaan remaja bermasalah, ponteng sekolah, sosial..
Mesti penutupnya " pihak ibu bapa harus memainkan peranan penting dalam gejala ini . "
Ini ayat aku laa.. :) Dalam karangan SPM aku dulu pun aku tulis cm tu.. heheehe..

Sebenarnya betul juga tu..
Anak-anak adalah amanah Allah untuk dijaga,dibelai,dididik dengan penuh kasih sayang dan keikhlasan..
Jadi ibu bapa yang seharusnya memainkan peranan penting dalam tingkah laku anak-anak..
Tahniah dan syukur kepada Ibu dan Bapa yang mendidik anak-anaknya dengan sebaik-baiknya..Keikhlasan Mak dan Ayah mendidik kami akan membuatkan kami Ikhlas menjaga Mak dan Ayah kelak di samping mendapat ganjaran dari Allah. 

Bagi yang sebaliknya..
Bersabarlah..setiap kata-katanya mungkin melukakan hati kita..
Kita hanya mendengar,kita hanya diam.Namun dalam hati nan rawan..ada rasa kecewa mengundang sedih didalam hati kita diam membisu kerana tidak berani bersuara dan pelbagai kata dan fikir kita luahkan namun hanya kita sahaja yang mendengar rintih sayu hati kita. Disaat rasa kecewa hilang bimbingan ibu bapa..syaitan mula berbisik jahat..di saat ini juga adakalanya kita tewas dengan bisikannya mencari ketenangan melalui jalan yang salah .

Pada zaman ini ramai anak-anak yang berpendidikan tinggi berbanding ibu bapa...
Tapi walaupun kami berpendidikan tinggi..
Kami bukan orang yang baik-baik tanpa didikan ibu bapa..macam mana kami nak dapat pasangan yang baik-baik..mereka pasti akan memilih yang baik-baik dari antara kami .
Analoginya, seorang anak yang kerap dimarah dan dicemuh akan mencorakkan tingkah yang pasif. Akan merasa rendah diri dan kurang berkeyakinan diri. Dan ada juga terdapat anak-anak yang merasa benci dan dendam pada ibu dan ayah. 
Saidina Ali memberi panduan kepada kita, di dalam mendidik anak-anak terdapat beberapa kaedah yang berkesan iaitu mendidik anak mengikut tahap kecerdikannya. Pesannya apabila seorang anak berusia antara 7 tahun pertama, maka disarankan untuk mendekati anak dengan lebih banyak meluangkan masa bersama seperti bermain, bergurau dan kurangkan memarahinya kerana pada saat itu anak kita masih lagi di usia kecil.
Seterusnya pada tujuh tahun kedua,  iaitu pada usianya meningkat 7 tahun hingga 14 tahun, didiklah anak-anak dengan disiplin. Ajarkanlah anak dengan ibadah seperti solat di samping menghormati hak orang lain dan menunaikan suruhan orang yang lebih tua. Ketika anak membuat sedikit kesilapan, maka peranan ibu dan ayah lah yang perlu memperbetulkannya. Pada ketika itu juga, anak-anak yang membuat silap perlu dihukum dengan niat mendidik melalui pendekatan anak-anak tahu bahawa mereka silap dan perlu memperbaiki kesilapan yang ada. 
Saat anak berumur 14 tahun hingga 21 tahun, ibu bapa perlulah menjadikan anak-anak seperti kawan dan sahabat kerana pada ketika itu kehidupan anak-anak mula mencabar. Mereka lebih cenderung untuk bersosial di luar kediaman, justeru disarankan ibu bapa untuk sentiasa berdamping dengan anak-anak agar mereka dapat merujuk dan mengadu masalah mereka kepada ibu bapa. Perlunya ibu dan ayah menjadi penasihat dan pakar konsaltan anak-anak agar mereka tidak mudah tersasar di dalam langkah awal kehidupan mereka.
Kesimpulannya, sebagai ibu atau ayah wajarlah terdahulunya mendidik diri sendiri. Demikianlah juga di dalam mencorakkan nilai-nilai mulia di dalam diri anak-anak, terdahulunya perlulah diri sendiri dahulu sebati dengan nilai yang mulia. Namun hakikatnya, jika direnung semula diri sendiri adalah bermula dari seawal mencari pasangan lagi.
Justeru, sebelum bergelar isteri, ibu, suami atau ayah maka sama-samalah kita berusahalah mencari ilmu dan mendidik diri sendiri dengan ilmu perkahwinan dan rumahtangga agar apabila berada di dalam bahtera keluarga, layarnya tidak goyah dan mudah karam dengan ujian dan cabaran yang ada.Berkahwin memang seronok dapat bersama dengan orang yang kita sayangi..tapi kena ingat kita mempunyai tanggungjawab yang besar untuk kita lakukan..dan inilah menjadi salah satu sebab aku takut untuk mendirikan rumah tangga disamping umur pun masih muda lagi :)



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...